Saturday, November 29, 2008

Seminar Fiqh Perubatan II: Ke Arah Hospital Mesra Ibadah

Salam.


Kewajipan melakukan ibadah itu tidak akan putus selagi mana seseorang itu masih bergelar Muslim. Namun kewajipan ini kurang dititik beratkan oleh pesakit, keluarga pesakit malahan kakitangan hospital sendiri

 “tangan saya kena simen, macamane nak ambil wuduk? Tak payah solat la macam ni”

“aku puasa hari ni, tapi tadi kena inject…batal ke tak puasa aku?”

Ramai pesakit memberi alasan sukar untuk mengambil wudhuk dan solat mengambil jalan mudah dengan meninggalkan solat. Senario ini wujud mungkin akibat dari salah faham terhadap konsep ’thabat wal murunah’ dalam Islam berkaitan dengan ibadah wajib termasuklah ibadah solat, puasa dan haji. Kebanyakan  pesakit menganggap keuzuran mereka membolehkan mereka untuk meninggalkan ibadah wajib sedangkan Islam ada menggariskan cara-cara beribadah ketika sakit.

Hal ini menunjukkan pentingnya untuk kita mewujudkan  hospital mesra ibadah untuk memudahkan pesakit melaksanakan rukun-rukun Islam tersebut. Selain dari struktur dan kemudahan asas yang mesra ibadah, kakitangan hospital dan saudara mara terdekat juga perlu tahu tentang konsep-konsep asas ibadah pesakit  serta rukhsah/kemudahan Islam kerana merekalah yang banyak berada bersama pesakit.

Atas kesedaran ini, Royal College of Medicine, Perak akan menganjurkan  Seminar Fiqh Perubatan Islam II pada 13 Disember 2008 yang bertemakan ‘Ke Arah Hospital Mesra Ibadah’. Kami, mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran semua pelajar dan kakitangan dari seluruh IPT dalam dan luar Negara. 



Antara isu-isu yang akan dibentangkan:
  • Konsep Hospital Mesra Ibadah (Dr Suhaini)
  • Peranan Aspek Spiritual Dlm Proses Penyembuhan Penyakit (Noorul Hilal Jurij)
  • Dilema Puasa dan Rawatan Perubatan (Ust Marzuk)
  • Isu-isu Perubatan Terkini dan Fatwa Mengenainya (Dr Rasyhidi)
  • Tatacara Ibadah Solat Ketika Sakit (Ust Marzuk)
  • Praktikal Ibadah Pesakit (Ust Marzuk)

  • Sila hantar borang penyertaan yang lengkap melalui email kepada wakil Unit Perhubungan Luar, Nuur Mohamad Helmi Bin Mohamad Rasidi, email helmi_smip@yahoo.com atau Nur Hafizah Binti Muhammad Abu Kari sebelum 9 Disember 2008.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi 019 547 2420 (Helmi) @ 017 544 1767(Hafizah)
  • Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran

Pelajar - RM15

Staff     - RM20

  • Terima Kasih atas kerjasama anda.